Hari Inovasi Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 & 18 Disember 2025 bertempat di Dewan Za’aba, Kolej Uniti dengan tema “Sinergi Inovasi – Menambah Nilai Komuniti”.
Pada 17 Disember 2025, program dimulakan dengan sesi pembentangan projek akhir melibatkan pelajar daripada program DIGD, DITSS, DCN dan DKM yang menampilkan pelbagai idea kreatif dan inovatif hasil usaha pelajar.
Program diteruskan pada 18 Disember 2025 dengan Majlis Perasmian dan Pameran Projek Akhir Pelajar yang telah dirasmikan oleh Encik Azhar bin Zunaidak, Penolong Pendaftar HEA Kolej Uniti. Seramai 34 orang pelajar terlibat dalam pameran projek akhir yang berjaya menarik perhatian para pengunjung.
Turut berlangsung ialah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang FTK bagi menghargai pencapaian pelajar, melibatkan 4 penerima Anugerah Pelajar Terbaik setiap program dan 41 pelajar cemerlang dengan CGPA 3.5 ke atas.
Program diakhiri dengan Majlis Penutup serta penyampaian anugerah Projek Terbaik, Video Terbaik dan Booth Terbaik kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dan kreativiti luar biasa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, pensyarah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Hari Inovasi FTK 2025








